First Week New Semester

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
and
Peace yaww =)













Baru tiga hari start kuliah, tapi macam-macam dah berlaku. Hahaahahaa. Actually sebelum start kuliah lagi dah berlaku banyak perkara. Dengan PT lambat masuk nya, jadual kelas tak ada, bila dah ada banyak pulak sampai dua tiga jadual, pastu pening mana satu nak guna. Dah tu pulak, official result lambat keluar, tapi aku tak kisah sangat bab result tuu, aku pun baru cek result aku semalam. Kahkahkah. Alhamdulilah tak sangka jugak result aku tuu walaupun takda A, bersyukurlah jugak. Terima kasih banyak dekat semua lecturer terutamanya lecturer Fluid Mechanic aku iaitu Pak Herdy. Terima kasih atas segala tunjuk ajar dan setiap ilmu yang diberi.



So, back to the topic, what happened? Well, it is totally a disaster for me to start off a new semester. Bayangkan, malam sebelum start kuliah pertama, jadual dah bertukar-tukar taktau yang mana satu. Nasib baik guna jadual yang pertama, dapat jugak elakkan kuliah pada petang jumaat. Kalau nak tahu, kuliah petang jumaat tulah yang paling malas sekali okay. Dia punya feel tu pehh, kalau belajar memang tak masuk dalam kepala otak dah. Nak-nak pulak petang jumaat lah selalu nya pelajar berkesempatan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Hahahhaa.



Tak cukup dengan tu, untuk dua hari berturut-turut, aku terpaksa berpindah daripada tempat duduk depan ke tempat duduk belakang. Sensorang pulak tu! Terpisah dengan kawan perempuan yang lain. Sedih betul hidup engko jieha. Bukan apa, kitorang kena duduk dalam bilik Autocad which is bilik ber-komputer, so I choose to sit in front of the lecturer desk, but turn out komputer tu tak boleh guna. Dua kali weh dalam masa dua hari untuk dua subjek yang berlainan dalam bilik yang berlainan. Apakah tandanya ini? Goshh. Smh.



Dah tu, boleh pulak jadual clash which is kuliah yang aku nak tumpang masuk tak kena dengan jadual yang sedia ada sekarang. Macam ni, aku kan boleh add/drop subject, so semester ni I decided to add subject from semester enam  to this semester so that I can make the credit hour to 18. Well, it is so bad that kuliah untuk subject yang aku add tu boleh pulak tak kena masa. Subject tu bertembung dengan subject Solid Mechanic pada hari dan masa yang sama. Nak lagi keruhkan keadaan, subject yang aku add tu hanya offer pada jabatan mekanikal sahaja. So dipendekkan cerita, aku memang tak boleh nak tumpang jabatan lain sebab nya jabatan lain offer subject tu pada semester yang ke-7. Fuhhh, gigih aku cerita. Hahahhahaa. Sedih sangat. Nak buat cemana, nak taknak kena drop balik lah, so aku punya credit hour jadi fifteen je haa ish ishh. Harap dapat budi bicara lecturer subject tu untuk bukak kelas lain. Doa-doa kan lah ye =D



Aku expect awal-awal semester ni boleh rilek lagi lah kan, sementara nak ambil mood untuk study balik hahahhaa tapi ternyata salah telahan aku itu. First kuliah dah start bincang projek akhir. Aduuu. Sudahlah tiap dua minggu sekali kena present. Makin lama makin tough eh. Fine. Cenggini eh.


And tak lupa jugak, semester ni aku dapat lecturer oversea weh, eh aimin foreigner lecturer. Aku tak sure dia daripada mana tapi nama dia DR. Olawale Friday Ifayefunmi. Dengan kata lain, korang akan terus terbayang dengan nama uvuvwevwevwe onyetenyevwe ugwemubwem ossas. Hahahahhahahahahaha! Serius weh aku tak main-main. Tapi sumpah kelakar bila dia nak ambil attendance, dia sebut nama para pelajar, susah betul dia nak sebut. Nasib baik  tang nama aku, aku boleh terima dia pronounce. Hahahaha. Haih cemana agaknya aku nak survive subject dia semester ni. Dah lah dia sebut "falling off" aku boleh bantai pi dengar "falling in love".



Well, aku harap aku dapat survive lah semester empat kali ni walaupun permulaan tak begitu memuaskan. Dah nak dua tahun dah aku di UTeM ni.







Till then, Chow
DAA~

You Might Also Like

14 comments

  1. salam hai jihaa. hehee lucu pulak bace awak mengomel dalam entry ni. lagi-lagi tang lecturer oversea baru tu. pape pun, thanks singgah bace entry di blog fie andddd jiha! good luck sepanjang semester ni ye. jangan ade down-down ye walaupon kene duge beberape ujian kecil. heee. sabar je, inshaa-Allah ade hikmah semua tu yang kita tak tahu ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhahahah! thankss. itulah always be positive je ni =D

      Delete
  2. DR. Olawale Friday Ifayefunmi. Nama dia pon susah nak sebut! haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kahkahkahkah belum dengar dia cakap lagi weh maigoddd

      Delete
  3. huih..nak tergeliat sebut nama Dr Olawale tu..anyway...good luck on your new sem ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan! belum dengar dia cakap lagi. hahaha. thankss =D

      Delete
  4. macam complicated nama pensyarah tu.. haha,,

    ReplyDelete
  5. Kalau dah namanya universiti, nak susun jadual tu memang memeningkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah tapi semester ni yang buat pening. before this okay jee.

      Delete
  6. InshaAllah you can do it!
    Memang nama lecturer tu yg paling menyerlah sekali dalam entry nii. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaa. kan! luckily he is soo kind =DD

      Thankss ana =)

      Delete
  7. Replies
    1. kosmetik. ahahha k gurau je. kos teknologi kejuruteraan mekanikal (automotif). hee kenapa yer e'in?

      Delete

thanks for dropping your comment.. =D