How I Want My Room To Be Like

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
dan
Peacee yawww =))



So korang perasan tak apa yang baru? Yeahh, my new template for this blog. Actually tak habis edit lagi. Aku rasa macam nak tukar lain tapi tengok lah dulu aku tengah mencari-cari template yang sesuai yang kena dengan aku. Dah lah suruh orang buatkan lagi mau demand kan engko jieha. Hahahhahaa. Maaf Alia.Thanks lah tolong akuu eh  =)).


Okay. Tetibe nak buat post pasal ni kan. Actually lama dah aku nak decorate bilik aku sendiri. Tapi tulah asal balik cuti sem je mereput. Bukan apa, aku kalau boleh nak bilik aku tuu macam perempuan sikit. Hahahahhaa. Ini tak, cermin pun takda weh dalam bilik aku. Kalau ada tetamu datang yang kena pakai bilik aku semua mengadu pasal cermin. Selalunya sepupu-sepupu aku lah. Kalau diorang datang rumah memang tidur bilik aku je. And tuhari masa semester satu pun si Wanny dengan Rahmah ( housemate kolej ) datang rumah, tidur bilik aku pun mengadu benda yang sama. Mengadu weh hahahaha macam tak kena je.


So, lately ni rajin jugak aku cuba tengok video-video kat youtube (kalau wifi kolej laju lah) untuk cuba dapatkan inspirasi orang cakap. Tapi malangnyaa aku jadi stress sebab semua benda aku nak ikut. Hahahahaha. Bila aku tengok video si A, aku macam ada idea nak buat itu. Tapi aku tengok pulak video si B, aku nak buat macam tu pulak. Belum lagi video si K, si L, sampai lah si Z. Urghhh, sis tertekan lah hidup macam ni. Eh, tetibe. Haahahha.


Dan ini antara yang kena ubah atau rennovate kalau satu hari nanti aku mampu decorate atau hias semula bilik tidur aku tu. Hee.


Tema / Warna

Tema atau warna bilik ni merupakan peranan yang penting bagi aku. Sebabnya bilik tu bukan tempat kau nak tidur je, tapi juga merupakan places where you spend most of the time. Boleh jadi jugak tu satu-satunya tempat "privasi" kita (unless kau kongsi bilik dengan adik-beradik kau). Setelah melalui beberapa saringan video di youtube, ternyata warna ungu tetap menjadi pilihan hati. Hahahaa. Tema aku tak kisah sangat. Aku simple just like that. Kalau perasan lah kan, video-video di youtube kebanyakannya warna putih. Pada aku putih ni plain sangat. Memang lah putih ni acah-acah suci, simple but nice, tapi warna ungu pun okay apa hahahhahaa. 


Furniture / Perabot

Perabot ni pun sama. Kalau boleh semua benda kau nak dari IKEA kan? Jangan membazir kawan-kawan. Amalan syaitan je semua tu. Hahahaha gurau je kak.  Perabot ni aku pun tak kisah sangat sebenarnya tapi yelah kalau bilik kau kecil takkan kau nak beli perabot yang tiga pintu pulak kan? Haahahhaha. Aku memang nak kekalkan jelah perabot yang sekarang. Almari baju dua pintu dengan meja belajar. Cuma kena paint balik ikut kesesuaian warna bilik aku. So far almari dan warna bilik aku warna yang sama iaitu ungu. Kahkahkah.


Accessories

Yang buat aku stress sebenarnya accessories bilik ni je haa. Macam cermin tu. Hahahahhaa. Aku taktau nak letak mana. Tapi bila aku dah tengok video di youtube, dapat lah jugak dua tiga inspirasi. Huhuu. Selalunya orang akan tambah dua tiga accessories macam lilin ke, or barang-barang DIY. Aku rajin jugak google DIY makeover ni tapi tulah mampu google jelah bila aku try buat hancur takda rupe. Hahahhaa. Aku teringin nak ada dua tiga lilin dalam bilik. Lepastu nak tambah lah cactus  biarpun aku ni bukan lah seorang yang plant lover. Huhuhu. Sometimes rasa macam lawa gila bila ada cactus tuu. Lagi satu aku suka sangat dengan dream catcher. Bila ntah mampu beli. Bukan mahal sangat pun tapi bila nak beli tu automatik terus pesan kat diri "ni kalau beli ayam kepci mau lepas dua set", haa gituu.


Wall Decor

Aku suka gila photography weh so kalau boleh aku nak print out semua gambar yang aku suka. Then boleh gantung-gantung kat bilik. Bila stress boleh tengok gambar-gambar tu. Tapi kos nak print tuu masha Allah sistur, baik aku pergi beli kepci takpun mekdi ke haa. Hahahhahaa. Asyik makan je dari tadi. Then sekarang pulak tengah trend tapestry tuu. Tau tak? Fuhh kalau aku dapat satu memang nais ah weh. Aku sukaa lah corak-corak yang hippie ni, yang bohemian macam tu. Hee. Lagi satu lampu kelip-kelip tuu. Letak tuu saja dalam bilik aku pun dah nampak macam bilik perempuan pun dah nais weh ahhahahha.




So itu jelah kot macam mana yang aku nak kalau satu hari nanti aku mampu untuk hias bilik aku sendiri. Semua tu perlukan duit kau tahu. Aku sekarang duit belanja pun mama baba yang bagi. Hahahhaha. Korang kalau ada idea boleh lah bagitahu sebab aku ni pun memang tak menentu orangnya. Hee.





Till then, Chow
DAA~

You Might Also Like

3 comments

  1. Samaaa. Nak jugak bilik lelawa macam tuu.

    ReplyDelete
  2. awww... soo pretty! i love purple and i loveeeee to decorate my room too! :)

    ReplyDelete
  3. Nk jgk deco bilik tapi bila bilik sewa ni jadi mls pulak nk deco leboh2..badic2 je la akhirnya
    Huhuhu

    spitoutkata.blogspot.com

    ReplyDelete

thanks for dropping your comment.. =D